Sunday 15 July 2012

Biskut Raya... Murah dan Sedap... Homemade...

Salam...

Walaupun bulan Ramadhan belum pun tiba, tapi sana sini rancak dengan tempahan dan jualan biskut raya kan. Kerana biskut raya secara tradisinya dihidangkan kepada tetamu yang datang, makanya ia seolah2 wajib ada bila tibanya hari yang mulia, iaitu hari raya...

Di zaman ini, orang lebih suka menempah atau membeli sahaja biskut raya tak macam zaman mak2 kita dulu. Namun, masih ada juga orang yg rajin membuat biskut sendiri. Bukan nak kata tak ada tau! Terpulang kepada diri masing2...

Yang punya lebih wang atau yang tak berkesempatan kerana kekangan masa, boleh saje beli biskut tunjuk... banyak di pasaran, lebih2 lagi di bulan puasa nanti. Tapi bagi yang mahu cari duit saku sendiri, kenalah rajin2 cari peluang, cari rezeki dengan ruang dan kudrat yang ada, maka Yati pun nekad menghasilkan koleksi biskut raya homemade "Qaseh Rania". Cubalah sendiri rasanya, insyaallah... sedap...

Almond White Flakes
RM25/45pcs
Antara bahan : Almond slices, white chocolate, perisa oren
Crunchy Red Pearl
RM25/50pcs
Antara bahan : Mentega, tepung cookies, cornflakes, chocolate chips, almond nibs, ceri merah

Cranberry Walnut
RM25/55pcs
Antara bahan : Mentega, tepung cookies, dry cranberries, walnut, nestum

Nutty Strawberry
RM25/55pcs
Antara bahan : Mentega, tepung cookies, serbuk hazelnut, almond nibs, cashew nut, strawberry paste

Cheesy Chocolate Chips
RM25/55pcs
Antara bahan : Mentega, cream cheese, tepung cookies, chocolate chips

Mint White Rocher
RM25/45pcs
Antara bahan : Almond nibs, white chocolate, cornflakes, perisa mint & vanila

Fruity Dark Rocher
RM28/45pcs
Antara bahan : Almond nibs, dark chocolate, dry cranberries, mixed cherries fruits

Chocolate Roses
RM25/45pcs
Antara bahan : White chocolate, whole almond

Bagi sesiapa yang duduk berdekatan dengan Yati di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor bolehlah buat tempahan sekarang atau sehingga seminggu puasa. Boleh e-mail Yati di hanamy_sakura@yahoo.com atau sms di talian 019-342 9585 untuk pertanyaan dan tempahan.

:-)... (^_-)/...

Saturday 14 July 2012

Marie Lapis Cheesy...

Dessert yang ala2 tiramisu nie bukan sahaja mudah disediakan, tetapi sedap dimakan. Bahan2 nya mudah didapati di kedai2 bakeri  dan pasaraya. Biasanya dessert nie lebih sedap dimakan setelah disimpan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang2nya 3-4 jam sebelum dimakan.

Rasanya permintaan untuk lapis cheesy naik mendadak sejak akhir2 ini. Sebab itu jugalah selain daripada ramai yang dah cuba menjualnya, ramai juga yang mengadakan kelas untuk membuat lapis cheesy nie.

Yati teringin juga nak join class lapis cheesy dengan sorang baker favourite Yati tu, tapi terikat dgn sedikit komitmen, jadi Yati pun cuba membuatnya dalam versi sendiri dulu. Well, not badlah... daripada tak mencuba langsung kan... Kalau yang sebenar, fuhhh...! Menggoda mata, meruntun jiwa...
 
 
 
Lapis Cheesy Blueberry...

Lapis Cheesy Orange...

Lapis Cheesy Strawberry...

Lapis Cheesy Chocolate...

Selamat menjamu selera.... :-)

Sunday 24 June 2012

Cheese Tart ... Comel dan sedap...

Rasanya semua orang yang suka cheese, mesti suka makan cheese tart kan... Ada pelbagai jenis dijual, dengan saiz yang berbeza dan inti yang sedap2 belaka. Ada saiz mini, ada saiz medium... ada inti blueberry, ada inti strawberry, ada plak orange peach, tak ketinggalan inti coklat juga...
Yati pun dah cuba buat 2 kali menggunakan resepi yang berbeza... 1st time buat, tak berapa nak gebu walaupun rasanya ada... 2nd time buat nampak dah gebu sikit, nanti lain kali cuba lagi sampailah jadi gebusbusbus.... tak boleh putus asa kan...

Cheese Tart Strawberry Filling...
Fresh strawberry on top, drizzle wz choc...

Cheese Tart Strawberry & Kiwi Filling...

Mixed Filling... Blueberry, Strawberry, Kiwi & Orange...
Ready to be distributed... :-)



Saturday 23 June 2012

Carrot Walnut Cake... Sedap...

Berikut adalah koleksi Carrot Walnut Cake yang Yati dah buat .... Walaupun bukan level expert baker, tapi alhamdulillah... Yati terima tempahan dengan hati berdebar2 sbb fikirkan macamana lah hasilnya nanti. Semuanya Yati jadikan sebagai medan untuk belajar dan mengasah bakat...

Resepi yang Yati pilih dan guna nie memang best! Dapat dari blog myresepi, lepas jumpa dan cuba, ditambah dengan hasilnya yang sangat tidak mengecewakan, Yati dah tak guna resepi lain. Insyaallah, nanti bila berkelapangan Yati kongsikan resepinya...

 
Kek nie sempena pertunangan Azmi & Era...
Warna tema pink, simple deco...

Tanda ucapan terima kasih untuk ibu saudara...
Sempena hari ibu, May 2012...

Untuk mak tersayang, semoga dirinya tabah menghadapi dugaan yang datang...
Saya mahu kuat dan sabar seperti mak...

Combo birthday celebration...
Mierul, Amy, Zack & Syifa'...
Semoga Allah sentiasa melindungi & memberkati kehidupan kalian...

Special for pengantin Faris & Nora...
Last minute order, alhamdulillah... dapat siapkan dengan deco yang sangat simple...

Bersyukur dan teruja....
1st time kek Yati ada di meja kek pengantin...
Lega sebab keluarga pengantin suka dengan rasa keknya...

Thursday 19 April 2012

Chocolate Walnut Cake...

Hmmm... pening gak ye nak pilih kek apa nak buat kalau yang tukang tempahnya tak beritahu nak kek yang macamana. Yati pun amiklah buku resepi, selak2...haa..! jumpa satu resepi ni yang Yati rasa sangat berminat nak mencubanya. Bahan2nya pun dah ada kat dapur, mudahlah sikit prosesnya... maka terhasil lah kek coklat walnut nie... Harap2 mereka yang akan menjamah kek nie suka akan rasanya....


Done this for my BIL...
Chocolate Walnut Cake...


Simple deco coz no idea...


1st time using piping jelly for deco...


Man says... life begin at 40's
38th... still young...

Last portion left for....?

Komen dari juri2 yang merasa kek nie, nampaknya tak mengecewakan... So, rasanya kek nie akan jadi top listing untuk event2 yang akan datang. Terima kasih semua...!

Sunday 1 April 2012

Buttery Orange Cake...

Inilah kek hasil kerja tangan Yati untuk my dearest SIL sempena birthday nya yang ke 37. Masih banyak lagi perlu belajar tentang ilmu membaking dan mendeko kek ni. Walau bagaimanapun, usaha tetap harus diteruskan. Kek yang ni namanya... Buttery Orange Cake @ Kek Mentega Oren. Resepinya Yati ambil dari buku kompilasi hidangan kek, tapi dekonya hasil kreatif sendiri je... huhu...

Close up view
Topping dengan fresh cream + orange filling
Almond nib keliling kek

Simple deko je...


My BIL cakap macam kek spiderman...



Lepas tambah wording...
X sesuai rasanya sebab filling + piping jelly


Rupa kek setelah dipotong...

Oklah, jumpa lagi di episod akan datang dengan kek yang lain pula... Thanks 4 visiting my blog.

Monday 27 February 2012

Chocolate Oreo... Open for order

Lama tak bersiaran... Bila penyakit 'M' melanda, apa pun tak boleh... Huhu... Kali ni Yati nak tayang homemade chocolate oreo. Dialu2kan untuk tempahan bagi yang berminat. Hanya e-mail Yati untuk pertanyaan dan tempahan... hanamy_sakura@yahoo.com

Choc Oreo
Tema : Putih + Hijau
Design : Love & Flower

Dalam bekas 2 cavity
Siap dengan reben

Choc Oreo
Tema : Putih + Purple
Design : Love & Flower

Dalam bekas 2 cavity

Choc Oreo
Tema : Putih + Merah
Design : Love, Flower & Game

Choc Oreo
Tema : Pink + Blue
Dalam bekas transparent, golden base

Dalam bekas 2 cavity
Design : Love

Dalam bekas 2 cavity
Design : Flower

Dalam bekas transparent, golden base

Thursday 9 February 2012

Blueberry Layer Cake...

Tempahan last minute, tapi sebab Yatie pun agak free hari tu, jadinya setuju dan sangguplah nak buat kek untuk anak perempuan abang Yatie nie. Lagipun, Yatie rasa ini adalah peluang yang sangat baik untuk asah bakat mendeko kek. Macam Yatie yang tak pernah pergi kelas bake n deko, ini salah satu cara paling bagus untuk tingkatkan kemahiran selain belajar daripada internet.

Hmmm... Yatie buat kek perasa vanilla, 2 layers. Tengah tu Yatie letak filling blueberry kemudian hiaskan dengan cream cheese, letak plak wildberry topping kat tengah kek. Harap2 dia orang sukalah dengan kombinasi rasa kek tu.

So, marilah sama2 kita tengok camne rupanya...

Birthday cake for Nur Fatin Nabihah
Deco : Wildberry topping and red glaze cherries

Blueberry Layer Cake in a box
Ready for delivery...

Wednesday 8 February 2012

Rainbow Cake... Some Improvement...

Kali nie nak tayang rainbow cake lagi. Alhamdulillah, resepi kali ini menjadi. Nie my SIL tempah untuk birthday anaknya. Request dari birthday boy, nak kek yang warna warni katanya, tapi deco nak merah ngan putih je, topping nak cream cheese... Maka inilah dia hasilnya...


Rainbow Cake with simple deco
Theme : Red n White

Close up view...


Rainbow colour...
Only small portion left for birthday boy...






Sunday 15 January 2012

Red Velvet Cake... Masih Belum Sempurna...

Masih belum jemu2 lagi Yati membaking red velvet cake nie. Al-maklumlah... kategori novis nie memang kena banyak belajar... Rasanya sekarang nie memang wajib hadir kursus membuat dan mendeko kek. Untuk dapatkan ilmu dan tambah pengalaman... Belajar dari yang pakar, memang tak rugi kan...?

Nielah dia hasil air tangan Yati sempena 2 acara keluarga yang berasingan... Rakan2 boleh lihat dan beri komen ye... Arigatou...!

Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting...
Theme : Green Colour Deco
Congrats to Epi... your engagement day

Red Velvet Cake with Cream Cheese Frosting...
Theme : Purple Colour Deco
Happy bday to Irdina Nafisah & Irdina Nadhirah

A lots more to learn...

Impian Yati sebenarnya nak join kelas "continental cakes". Wah...! Besar harapan Yati tu... Kek yang mudah pun tak terror lagi, berangan nak join kelas kek2 yang perlu kemahiran yang tinggi dan bakat terpendam plak ye... Xpelah, berangan tak salah kalau disertai dengan usaha kan... InsyaAllah suatu hari nanti akan termakbul jua doa dan harapan Yati tu... Isshoukenmei ganbarimasu...! \(-_^)/...

Wednesday 11 January 2012

Italian Rainbow Cake... 1st Trial Project Yang Gagal...

Wah...! Dah berhabuk rumah Yati nie yer... Lamanya tinggal! Nampaknya kenalah bersihkan apa yang patut, touch-up bagi cantik sikit kan. Beginilah resamnya rumah Yati nie. Kadang2 tinggal sampai berminggu2... kadang2 selang sehari datang jenguk. Selalu tengok kesempatan yang ada sebab banyak komitmen lain kebelakangan nie. Apapun... insyaallah rumah nie akan sentiasa dijaga biarpun tetamu yang berkunjung cuma hadir sekali sekala...


Entri kali nie nak cerita tentang kek lagi. Kek apa agaknya...? Hehe... Kali nie teruja rasa nak buat Italian Rainbow Cake nie... Sebab apa? Warnanya yg meruntun jiwa... Cari punya cari resepi, jumpalah satu nie... tak ingat plak dari blog mana. Tapi betullah... perlu kesabaran yang amat tinggi nak buat kek nie sebab kena bakar selapis demi selapis... Cam Yati ni lagilah, jenuh nak menunggu adunan keluar masuk oven sebab Yati takda oven besar... jadinya setiap kali bakar, cuma muat 1 bekas loyang je. Hmmm.... terpaksalah menunggu sampai habis lapisan kek yang terakhir, maksudnya 6 kalilah adunan kena masuk oven.

Tapi.... entah di mana silapnya, kek yang diimpikan tak menjadi seperti yang diharapkan. Setiap lapisan kek seolah2 mendap, dan bagai tak kembang naik seperti yang sepatutnya. Tapi disebabkan dah siap pun 6 lapisan kek, maka Yati teruskan jugalah. Yati prepare juga topping untuk kek nie, tapi hanya buttercream aje. Bila dah siap deco (eh..eh... deco sangatlah kan?), Yati pun simpan dalam peti sejuk... boleh potong buat makan2 nanti. Yelah... takkan nak masuk tong sampah je kan?

Jomlah tengok Italian Rainbow Cake Yati yang tak menjadi tu... Dalam hati berkata "xpelah... kalau kali ni tak menjadi, esok lusa Yati boleh cuba lagi" Yang sebenarnya nak pujuk diri sendiri...huhuhu... Next time boleh cuba guna resepi lain plak kan...

Italian Rainbow Cake... with simple deco


Rainbow colour... 6 layers...

 
Slice of Rainbow Cake... Looks horrible, isn't it?


Hmmm... betul tak Yati cakap tadi? Tak menjadi kan Italian Rainbow Cake nie...? But it's ok, Yati akan cuba lagi lain kali dan post statusnya nanti....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...