Thursday 22 December 2011

Canopy Arabian... Sesuai untuk pelbagai majlis...

Kepada rakan2 yang memerlukan perkhidmatan sewa khemah, tak kiralah untuk majlis kenduri kesyukuran ke, majlis kahwin ke, parti hari lahir atau majlis aqiqah & cukur jambul ke... silalah berhubung terus dgn Yati. Kami menyediakan perkhidmatan sekitar Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Kuala Langat, KLIA, Cyberjaya & Putrajaya dengan harga yang berpatutan.

Berikut adalah antara gambar2 khemah yg sempat di snap semasa majlis perkahwinan sepupu Yati minggu lepas. Tema warna adalah merah + pink...

Pandangan dari bawah khemah...

Pandangan dari depan...

Pandangan dari sisi...

Meja makan beradab pengantin...

Meja tetamu pengiring pengantin...


Segala pertanyaan dan tempahan bolehlah diajukan terus kepada Yati melalui e-mail (hanamy_sakura@yahoo.com). Terima kasih...

Wednesday 21 December 2011

Blog... Blogger... Blogging... sambil belajar...

Yang sebenarnya blog nie diwujudkan bukanlah dgn niche yg khusus. Yati letakkan blog nie dalam kategori general sahaja. So, sebab itulah makanya boleh sahaja Yati bercerita tentang kehidupan seharian... atau tentang hobi dan minat Yati... atau tentang isu2 semasa di dunia nie... atau cuma sekadar sesi luahan hati...

So, pada rakan2 blogger yang suka aktiviti blogwalking nie... andainya terjahan anda tidak menepati citarasa niche yg anda cari2, jangan kecewa ye... Kerana Yati percaya, sesungguhnya tidak rugi singgah blog nie walau hanya ada sedikit sahaja perkongsian ilmu dan pengalaman.

Makanya, jika rakan2 blogger rasa perlu ada penambahbaikan pada blog nie, komen dan pandangan anda amat dialu2kan. Kerana... Yati masih terlalu baru dgn dunia blogging nie, masih banyak yang perlu Yati belajar. Ilmu perlu dicari, pengetahuan perlu ditambah... Jumpa lagi...


Vanilla Cake with Blueberry Cream Cheese Topping

Hmmm... lagi sekali tayangan percuma. Kali nie vanila cake with blueberry cream cheese topping. Nama rekaan sendiri... Ntah apa2 ntah... Haha...

Masih lagi sesi percubaan untuk jadi baker yg lebih baik. Mat saleh cakap practice makes perfect. Jadinya kalau Yati tak rajin mencuba, camne nak tengok kek tu elok rupanya dan sedap rasanya kan? Ada yang setuju ngan pendapat Yati nie...? So layan kan jelah hasil air tangan Yati yang tak seberapa nie...

Simple Deco... 

Layer & Topping... Blueberry Cream Cheese

Blueberry Cream Cheese.. Isn't it pale?

Saturday 10 December 2011

Red Velvet Cake...my 1st trial project

Salam sume...
Kenal dgn baldu merah...? Atau nama komersial nyer Red Velvet. Yati rasa sume kenal lebih2 lagi para bakers kat luar tu. Walaupun kek nie dah x brp hot skrg nie tapi Yati br berkesempatan & buat2 berani mencuba kali nie...
Ya...Yati tau mmg Yati not a good baker, ditambah plak dgn tools yg tak cukup di rumah, tapi disebabkan keinginan dan keazaman yg kuat, maka akhirnya jadi gak red velvet cake Yati... Tgklah rupanya yg comot itu... Tidakkkk.....! So, sila abaikan jelah rupa parasnya yg x berapa menarik perhatian tu ye...
Tapi kl tanya rasanya, hmmm.... boleh tahannn. My niece, my aunty, my SIL and my son pun suka rasa keknya. Wlpun warnanya garang semacam je, tapi rasa coklatnya yg di adun dgn colour merah itu boleh membuka selera. Ditambah plak dgn rasa lemak2 manis cream cheese topping dan layer didlmnya... Bertambah gumuks lah Yati nmpknya kl slalu sgt ngap benda2 camni.... huhuhu...

Baldu merah...


Red Velvet Cake...
1 untuk kau, 1 utk aku...

So pada expert2 bakers kat luar tu... kotlah tersinggah ke blog aku yg x seberapa nie, komen sgt dialu2kan... tapi xyahlah layan gelak sekali ye... Maluuu....

Thursday 1 December 2011

Tiramisu... my 1st trial project...

Hmmm... TIRAMISU... adalah 1st trial project Yati untuk kali nie. Sebelum nie asyik dgr je nama tiramisu ni. Ingatkan asal usulnya dr Jepun sbb bunyi suku kata nyer lebih kurang je, su, su, kat ujung... rupanya, laa... dessert org Itali... owh....!  

Yati try buat 4 jenis... Original Flavour, Blueberry, Strawberry & Kiwi... Taste? For me not badlah for beginner...huhuhu... Original Flavour tu Yati guna biskut tiramisu or people call lady finger... celup ngan nescaffe yg x brp pekat. Rupa pun x brp nak lawa... topping comot semacam je... Kena blajar camne nak tambah keanggunan rupa parasnya... mungkin letak parutan coklat masakan or letak je coklat rice. Hmmm... boleh cuba lain kali...
Original Flavour Tiramisu

3 jenis lagi tu Yati guna biskut marrie as a layer pastu letaklah filling memasing. Next time mgkn boleh tambah hirisan fresh strawberry or kiwi kat atasnya. Hehe... percubaan yg agak baik wlpun xlah sehebat expert baker kat luar tu... Trima kasih pd para bakers yg selalu memberi Yati ilham utk m'cuba sesuatu yg baru... I like...

Blueberry Flavour Tiramisu
Strawberry & Kiwi Flavour Tiramisu

Sume resepi2 tiramisu nie dah bagi to my MIL, SIL, BIL and my niece untuk dia org rasa dan komen... My MIL x brp suka, yelah mgkn bkn taste dia... Kl carrot cake, kek gula hangus tu MIL sukalah. But my SIL n others suka... Itu pun dah memadai bg Yati. 

What will be my next project? Hmmm.... tunggu...

Homemade chocs... rasa sekali nak lagi...

Alhamdulillah... last week dpt siapkan 50 packs homemade chocs utk jiran my SIL yg nak buat majlis berkhatan utk anak nya... Wlpun tempahan xlah byk, tapi not bad lah for starting kan... Moga2 lepas nie akan ada rezki dan tempahan lagi dr sedara mara, kawan2 atau jiran2.....


Love shape.. white colour, orange flavour
Rose... red colour, dark choc
Both with almond inside


2pcs choc...RM2.00
Gold container, transparent cover wz ribbon
Ready for delivery


Economy/Budget Pack
2 pcs choc/RM1.50
Plastic container without ribbon

Untuk tempahan homemade chocs nie, warna boleh request ikut tema majlis. Kali nie temanya merah + putih. Harga pun berlainan ikut brp pcs, filling & packaging choc tersebut. Oklah... hingga bertemu lagi di entry seterusnya...

Saturday 12 November 2011

Cupcakes tak menjadi...?

Alahai... cupcakes aku x menjadi...? Huhu... sedihnya... Dahlah aku duk agih2 bg jiran, MIL n SIL masa Hari Raya Qurban baru nie.Tapi yang sebenornya aku bukan buat cupcakes pun, aku buat MUFFIN... Akukah yang salah kerana x ikut resepi atau... mungkin ada orang yang x berapa nak dpt beza antara cupcakes dgn muffin kot... Itu anggapan akulah. Sbb dulu2 pun aku camtu gak. Xtau nak bezakan mana cupcakes mana muffin kl setakat tgk rupa parasnya aje... Tekstur muffin memang agak padat, cupcakes plak ringan je...

Lately, bila aku dah belajar buat muffin sendiri... ditambah plak ilmu2 yg aku dpt drpd blogger2 femes blog2 masakan, aku rasa x mungkin resepi yg salah kan... method aku memang follow. Cuma aku x guna mixer pun utk buat muffin nie... Aku cuma asingkan bahan2, pastu campurkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering. Aku rasa memang itu pun cara original penyediaan muffin, ikut apa yg aku fahamlah... Lagipun sebelum nie dah brp kali aku buat muffin guna method yg sama... ok je rasanya, lg2 kl makan panas2...

Xpelah... mungkin lain orang, lain citarasanya... Bukan boleh selalu puaskan hati org pun. Aku cuma suka mencuba resepi2 mudah & ringkas sbb mmg aku bukan pakar membaking pun... Keinginan dan minat buat aku rajin memanaskan oven. Yg penting air tangan aku sendiri. Xtau belajar, dah tau cuba buat, dah pandai buat alhamdulillah....

Seperti menu di rumahku sempena raya Qurban br nie... Spagheti Goreng, Rendang Udang, Orange Muffin dan yg paling special Tiramisu (jgn x caya...! huhu...) Gambar x sempat snap sbb kena pantas & bergegas nak balik kmpg. Sume tu br pertama kali buat, hasil air tangan aku sendiri, xlah rasa sedap sgt tapi not bad lah... (puji diri sendiri) Kena tanya ngan org2 yg merasalah... Nampaknya akan ada ulang tayang lagi sume menu tu... insyaallah...

Sunday 30 October 2011

Hobi baru...

Lately, aku rasa seronok sgt bila dpt baking muffin. Sblm nie rasa nak buat cam leceh tapi setelah dpt cara & petua yg betul, aku rasa gian plak nak buat muffin. Huhuhu.... Mungkin disebabkan cara penyediaannya yang amat mudah, x perlu pun nak guna mixer bagai. Just campurkan je bahan2 basah ke dalam bahan2 kering, kaup balik letak dlm bekas muffin, bakar dlm oven 20-25 minit, dah siap... Sedap makan panas2.

Baru nie sempatlah buat vanilla muffin, mini choc muffin, capuccino muffin & orange muffin. Selang 2,3 hari mesti baking muffin... Lama2 muka aku pun dah jadi muka muffin. Haha...! Nasib baiklah family x komplen apa2. Bkn apa, kadang2 duk umah nie dah xtau nak makan apa waktu petang2 or masa breakfast... Yang paling mudah muffin lah... Pasni nak cari apa lg resepi yg mudah utk disediakan... Apalagi, aktiviti blogwalking lah... skodeng blog2 masakan popular. Huhu... Cari idea nak masak apa...



Vanilla Muffin


Mini Choc Muffin

Cappucino Choc Muffin


Orange Muffin

Satu lagi minat baru aku ialah cheese tart & fruit tart. Sebelum ni adalah pernah try buat tapi x menjadilah plak. Adunan pastry utk buat tart shell/crust lembik sgtlah plak.... Letihlah nak letak kat acuannya wlpun dah simpan dlm peti ais 30 minit. Xpelah, pasni tanya ngan kawan2 baker camne cara yg betul nyer... X boleh putus asa kan. Lgpun kl dah cuba buat sendiri, sebenornya xdelah susah mana nak buat cheese tart nie... Buat banyak kali nanti, lama2 mahirlah kan...

Thursday 20 October 2011

Posting yang tertunda...

Berabuk dah umahku nie... Lama gak x post entry. Nak kata sibuk x jugak, tapi... idea xde nak taip apa, kepala plak pk mcm2... Tu yg payah sgt nak mula menaip. Hmmm....rasa2nya entry kali nie nak cter pasal bola lg lah.

Team Selangor 'The Red Giants' melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia setelah berjaya mengalahkan Perak. Tentulah suka... apa x sukanya... Wlpun game biasa2 jek tapi menang gak akhirnya. Pasni jumpa Terengganu plak utk separuh akhir. Hmmm... rasa2 nak turun stadium Shah Alam x ek utk game nie?

*********************************************************************************

Akhirnya, malam semalam aku turun gak bagi sokongan kat team Selangor utk separuh akhir pertama nie. Cam biasalah pergi ngan family. Walaupun Selangor kalah 0-2 kpd Terengganu tapi aku tetap enjoy the game. Banyak cubaan2 yg x mengena sasaran. Shafiq Rahim nyer free kick pun asyik x menjadi je malam tu. Huhuhu...

Yang paling X BEST bila tgk game tu bkn sbb game tu sendiri x best tapi org2 yg dtg tengok. Macam2 perangai adalah... yang mengutuk x abis2, keluar sume kata2 kesat yg mmg x sesuai langsung di dengar. Yang meroyan sampai panjat kerusi & pijak2 kerusi bagai nak roboh, sudahnya tergelincir jatuh atas org lain. Hmmm.... ntahlah...

Baru 1st time g tgk bola ke bro...? Tau ke x camne rasanya tertekan nak dptkan kemenangan? Cuba try test tgk you all boleh main bola ke x, ada skill bagus ke x, boleh score gol ke x... barulah cter pasal nak kutuk player2 atas padang tu...

Kalau nak diikutkan, aku pun emosi gak tapi boleh control lagi sebab pikir kan yang player2 tu pun dah cuba habis baik cuma nasib x menyebelahi, nak buat camne...? Yelah, sapalah yg turun padang dgn azam & tekad nak kalah, ye tak? Mestilah nak menang kan...

Apapun, team Selangor akan terus bersemangat untuk menggempur kubu Terengganu bila bertandang ke sana nanti. Kami penyokong2 setia "The Red Giants" sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Jangan kalah sebelum berjuang ke titisan yang terakhir... Selangor Boleh! 

Tuesday 4 October 2011

Tentang bolasepak...

Setelah sekian lama aku x turun stadium, akhirnya malam Ahad lepas aku menjejakkan kaki kembali ke stadium Shah Alam utk games Veteran S'gor vs Veteran S'pore & Pilihan S'gor vs Pilihan S'pore. Ya... Piala Sultan Selangor 2011. Kali nie aku bawak sekali my doter yg 1st time tgk bola (hihi... actually dia tgk org je...rezki dia plak ada bunga api mlm tu... syoklah dia menengok...)

1st game, oklah... sronok tgk player2 veteran main wlpun cuma 40 minit. Takut t'lebih pancit, tu yang masa game dipendekkan kot...hihi... Ex-coach Selangor score 2 gol. Final result Veteran S'gor 3-Veteran S'pore 1. Best....! Best...!

2nd game plak bikin hati aku panas je... Main bola ke main2 dengan bola...? Huhu... Peluang punyalah banyak tapi sume tersasar... Ada tu plak player yg x abis2 nak tunjuk skill kat dpn gawang gol, last2 x sumbat gol gak... Main dgn pasukan ke main sendiri nie? Keputusannya... pilihan S'pore menang 1-0, itupun player S'gor kasi gol free, gol sendiri... huhuhu...

Itulah bolasepak... apapun boleh jadi. Kerana bola itu bulat, kadangkala kemenangan di tangan, kadangkala kalah ngan pihak lawan. Adatlah... Apapun, x kiralah pasukan yg kita sokong tu menang atau kalah, kita tetap kena berikan semangat & sokongan... Nampaknya, next game untuk team S'gor "The Red Giant", aku kena turun stadium gak kot...




Friday 30 September 2011

Blog Lagi.....

Lama dah x post entry, xtau nak cter apa... Yg sebenornya, byk nak cter tapi xtau nak mula dari mana...huhuhu... boleh plak camtu?

Kebelakangan nie, bila blogwalking... aku dah jatuh cinta ngan 1 blog nie... Xtaulah sbb apa, tapi makin lama aku baca post n entry nya... makin aku rasa sejuk hati aku nie. Tu blm kira aku admire hasil keje fotografinya... Genre blog nie tentang masakan dan macam2 resepi dari lauk pauk, kuih muih, kek n muffin...

Kl tgk hasil nya, blm pernah ada yg mengecewakan. Even resepi2 yg aku rasa susah nak buat pd mulanya, tapi bila tgk kat blognya, aku rasa xlah payah mana pun... Nie yg buat semangat aku membara dan berkobar2 utk mencuba resepi2 dr blognya...

Wlpun 2,3 minggu nie aku bz ngan urusan kerja yg x abis2 lg nie, tapi aku mesti curi masa utk menerjah blognya. Tuan punya blog pun manis je orgnya, x jemu mata memandang...

Monday 19 September 2011

Selsema melanda...

Salam sume... Ikut hati mmg xde idea langsung nak menaip entry kali nie. Kepala pusing, ditambah lagi selsema yang menghambat diriku nie. Cuaca yg x menentu skrg nie, kejap panas, kejap ujan mungkin blh jadi 1 sebab... (x baiknya lah aku menyalahkan perancangan Allah...)

So, cam biasalah... aku gunakan waktu yg ada utk aktiviti favourite aku...blog walking. X sah rasanya kl sehari x menerjah blog sahabat2 sume... Sambil2 aku cari resepi2 top yang terkini, sambil2 aku mengikuti p'kembangan t'baru blog2 list aku, sambil2 aku blajar camne nak upgrade blog aku nie. Ha...! Nielah br betul sambil menyelam minum air... Huhu... Tu yg dpt selsema nie...Wlpun ini cumalah blog peribadi tapi cita2 aku nak convertkan ia jadi blog yg boleh menjana $$$ satu hari nanti, insyaAllah...

Pada blogger2 @ sahabat2 yg sudi singgah ke blog nie, pandangan & pendapat anda amat dialu2kan...
"Saya budak baru belajar, kl salah tolong tunjukkan"... Sehingga bertemu di entry seterusnya...



Tuesday 13 September 2011

Cerita raya

Alhamdulillah... raya baru nie dptlah buat 4 jenis cookies utk hidangan para tamu. Wlpun simple, tapi seronok rasanya dpt buat sendiri, xde dah biskut tunjuk raya tahun nie... Hmmm... asah balik bakat & kemahiran utk buat cookies yg dah lama ditinggalkan.

Choc clusters, choc rose, crunchy honey cornflakes & almond slices coated white choc... Itulah cookies yg berjaya aku buat. Lega rasanya bila ada tamu2 yg memuji sedap dan nak order... Komen2 yg membina perlu utk penambahbaikan resepi2 tu...

Actually, tahun nie cuma promosi je... tahun depan br ingat nak amik order. Tapi yg choc tu bla2 boleh order. Sgt2 dialu2kan... Untuk majlis hari lahir, cukur jambul, kahwin, jamuan sekolah, dll... sesuai lah sgt...



Choc clusters
 


Choc rose


Crunchy honey cornflakes

Almond slices coated white choc
Nie ha... gambar2 yg sempat di amik untuk tatapan...silalah jamu mata ye...

Sunday 11 September 2011

Blog oh blog...

Entry kali nie pendek sahaja sbb 2,3 hari nie pening kepala pk camne nak update blog aku nie. Al-maklumlah kategori novis... so, byk sgt benda kena belajar.

Camne nak bagi cantik layout, nak masukkan macam2 gadgets cthnya chatbox, calendar, visitor counter (ada ke yg nak jengah blog picisan aku nie?), nak link kan dgn blog mana yg aku suka... Hmmm...bukan keje mudah sebenarnya. Huhuhu...

So, tiap harilah aku akan duk mengadap pc ni belajar mcm2 proses. Tapi xpe, aku suka + seronok blajar benda baru. X rugi pun...! Jadinya, blog aku nie akan ada update baru dr segi rupa parasnya dr hari ke hari seterusnya... Daa... jumpa lagi...!

Wednesday 7 September 2011

Mulanya di sini...

Oleh kerana ini adalah entry yang pertama sebaik saja blog ini diwujudkan, makanya aku pun nak berceritalah tentang sejarah penubuhannya...dan mungkin ianya agak panjang lebar... hehe...

Diam x diam, dah 6 bulan ++ aku jadi WAHM nie... Perasaan aku? Bercampur baur... tapi yang pasti sekarang dah x perlu lagi nak dengar omelan bos hari2. Itu x kena, ini x kena... orang tu x betul, bos je yang betul... hahaha...! Aman dunia aku, telinga pun dah x sakit lagi. Yang penting hati pun gumbira....

Selama nie duk asyik blog walking je... Bukan apa, seronok baca blog2 orang nie, macam2 niche ada... Ada yg citer pasal kehidupan seharian, ada plak pasal kesihatan dan kecantikan... Kl nak cuci2 mata plak banyak blog2 biz... jual tudung, baju muslimah, kidswear, cakes & choc, detox patch dan macam2 lagi.... Seronok....! Tu belum lagi blog2 pasal kewangan...

Alhamdulillah sekarang dah ada lebih masa untuk diri sendiri & keluarga. Sebelum nie sibuk memanjang... Siang bekerja, malam belajar... hinggalah akhirnya tamat juga pengajian aku di UiTM walaupun amik masa yg lama. Begitulah rutin seharian aku hinggalah aku decide nak jadi WAHM nie... Banyak perkara yg aku x dapat buat sebelum nie, jadinya sekarang nie waktu untuk membalas dendam... Aku buatlah apa pun yang aku suka dari aktiviti di dapur, di internet hinggalah ke aktiviti window shopping...

Oklah... cukup dulu sampai sini. Nanti boring plak... Sambung next entry ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...