Sunday 30 October 2011

Hobi baru...

Lately, aku rasa seronok sgt bila dpt baking muffin. Sblm nie rasa nak buat cam leceh tapi setelah dpt cara & petua yg betul, aku rasa gian plak nak buat muffin. Huhuhu.... Mungkin disebabkan cara penyediaannya yang amat mudah, x perlu pun nak guna mixer bagai. Just campurkan je bahan2 basah ke dalam bahan2 kering, kaup balik letak dlm bekas muffin, bakar dlm oven 20-25 minit, dah siap... Sedap makan panas2.

Baru nie sempatlah buat vanilla muffin, mini choc muffin, capuccino muffin & orange muffin. Selang 2,3 hari mesti baking muffin... Lama2 muka aku pun dah jadi muka muffin. Haha...! Nasib baiklah family x komplen apa2. Bkn apa, kadang2 duk umah nie dah xtau nak makan apa waktu petang2 or masa breakfast... Yang paling mudah muffin lah... Pasni nak cari apa lg resepi yg mudah utk disediakan... Apalagi, aktiviti blogwalking lah... skodeng blog2 masakan popular. Huhu... Cari idea nak masak apa...



Vanilla Muffin


Mini Choc Muffin

Cappucino Choc Muffin


Orange Muffin

Satu lagi minat baru aku ialah cheese tart & fruit tart. Sebelum ni adalah pernah try buat tapi x menjadilah plak. Adunan pastry utk buat tart shell/crust lembik sgtlah plak.... Letihlah nak letak kat acuannya wlpun dah simpan dlm peti ais 30 minit. Xpelah, pasni tanya ngan kawan2 baker camne cara yg betul nyer... X boleh putus asa kan. Lgpun kl dah cuba buat sendiri, sebenornya xdelah susah mana nak buat cheese tart nie... Buat banyak kali nanti, lama2 mahirlah kan...

Thursday 20 October 2011

Posting yang tertunda...

Berabuk dah umahku nie... Lama gak x post entry. Nak kata sibuk x jugak, tapi... idea xde nak taip apa, kepala plak pk mcm2... Tu yg payah sgt nak mula menaip. Hmmm....rasa2nya entry kali nie nak cter pasal bola lg lah.

Team Selangor 'The Red Giants' melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia setelah berjaya mengalahkan Perak. Tentulah suka... apa x sukanya... Wlpun game biasa2 jek tapi menang gak akhirnya. Pasni jumpa Terengganu plak utk separuh akhir. Hmmm... rasa2 nak turun stadium Shah Alam x ek utk game nie?

*********************************************************************************

Akhirnya, malam semalam aku turun gak bagi sokongan kat team Selangor utk separuh akhir pertama nie. Cam biasalah pergi ngan family. Walaupun Selangor kalah 0-2 kpd Terengganu tapi aku tetap enjoy the game. Banyak cubaan2 yg x mengena sasaran. Shafiq Rahim nyer free kick pun asyik x menjadi je malam tu. Huhuhu...

Yang paling X BEST bila tgk game tu bkn sbb game tu sendiri x best tapi org2 yg dtg tengok. Macam2 perangai adalah... yang mengutuk x abis2, keluar sume kata2 kesat yg mmg x sesuai langsung di dengar. Yang meroyan sampai panjat kerusi & pijak2 kerusi bagai nak roboh, sudahnya tergelincir jatuh atas org lain. Hmmm.... ntahlah...

Baru 1st time g tgk bola ke bro...? Tau ke x camne rasanya tertekan nak dptkan kemenangan? Cuba try test tgk you all boleh main bola ke x, ada skill bagus ke x, boleh score gol ke x... barulah cter pasal nak kutuk player2 atas padang tu...

Kalau nak diikutkan, aku pun emosi gak tapi boleh control lagi sebab pikir kan yang player2 tu pun dah cuba habis baik cuma nasib x menyebelahi, nak buat camne...? Yelah, sapalah yg turun padang dgn azam & tekad nak kalah, ye tak? Mestilah nak menang kan...

Apapun, team Selangor akan terus bersemangat untuk menggempur kubu Terengganu bila bertandang ke sana nanti. Kami penyokong2 setia "The Red Giants" sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Jangan kalah sebelum berjuang ke titisan yang terakhir... Selangor Boleh! 

Tuesday 4 October 2011

Tentang bolasepak...

Setelah sekian lama aku x turun stadium, akhirnya malam Ahad lepas aku menjejakkan kaki kembali ke stadium Shah Alam utk games Veteran S'gor vs Veteran S'pore & Pilihan S'gor vs Pilihan S'pore. Ya... Piala Sultan Selangor 2011. Kali nie aku bawak sekali my doter yg 1st time tgk bola (hihi... actually dia tgk org je...rezki dia plak ada bunga api mlm tu... syoklah dia menengok...)

1st game, oklah... sronok tgk player2 veteran main wlpun cuma 40 minit. Takut t'lebih pancit, tu yang masa game dipendekkan kot...hihi... Ex-coach Selangor score 2 gol. Final result Veteran S'gor 3-Veteran S'pore 1. Best....! Best...!

2nd game plak bikin hati aku panas je... Main bola ke main2 dengan bola...? Huhu... Peluang punyalah banyak tapi sume tersasar... Ada tu plak player yg x abis2 nak tunjuk skill kat dpn gawang gol, last2 x sumbat gol gak... Main dgn pasukan ke main sendiri nie? Keputusannya... pilihan S'pore menang 1-0, itupun player S'gor kasi gol free, gol sendiri... huhuhu...

Itulah bolasepak... apapun boleh jadi. Kerana bola itu bulat, kadangkala kemenangan di tangan, kadangkala kalah ngan pihak lawan. Adatlah... Apapun, x kiralah pasukan yg kita sokong tu menang atau kalah, kita tetap kena berikan semangat & sokongan... Nampaknya, next game untuk team S'gor "The Red Giant", aku kena turun stadium gak kot...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...