Sunday 15 July 2012

Biskut Raya... Murah dan Sedap... Homemade...

Salam...

Walaupun bulan Ramadhan belum pun tiba, tapi sana sini rancak dengan tempahan dan jualan biskut raya kan. Kerana biskut raya secara tradisinya dihidangkan kepada tetamu yang datang, makanya ia seolah2 wajib ada bila tibanya hari yang mulia, iaitu hari raya...

Di zaman ini, orang lebih suka menempah atau membeli sahaja biskut raya tak macam zaman mak2 kita dulu. Namun, masih ada juga orang yg rajin membuat biskut sendiri. Bukan nak kata tak ada tau! Terpulang kepada diri masing2...

Yang punya lebih wang atau yang tak berkesempatan kerana kekangan masa, boleh saje beli biskut tunjuk... banyak di pasaran, lebih2 lagi di bulan puasa nanti. Tapi bagi yang mahu cari duit saku sendiri, kenalah rajin2 cari peluang, cari rezeki dengan ruang dan kudrat yang ada, maka Yati pun nekad menghasilkan koleksi biskut raya homemade "Qaseh Rania". Cubalah sendiri rasanya, insyaallah... sedap...

Almond White Flakes
RM25/45pcs
Antara bahan : Almond slices, white chocolate, perisa oren
Crunchy Red Pearl
RM25/50pcs
Antara bahan : Mentega, tepung cookies, cornflakes, chocolate chips, almond nibs, ceri merah

Cranberry Walnut
RM25/55pcs
Antara bahan : Mentega, tepung cookies, dry cranberries, walnut, nestum

Nutty Strawberry
RM25/55pcs
Antara bahan : Mentega, tepung cookies, serbuk hazelnut, almond nibs, cashew nut, strawberry paste

Cheesy Chocolate Chips
RM25/55pcs
Antara bahan : Mentega, cream cheese, tepung cookies, chocolate chips

Mint White Rocher
RM25/45pcs
Antara bahan : Almond nibs, white chocolate, cornflakes, perisa mint & vanila

Fruity Dark Rocher
RM28/45pcs
Antara bahan : Almond nibs, dark chocolate, dry cranberries, mixed cherries fruits

Chocolate Roses
RM25/45pcs
Antara bahan : White chocolate, whole almond

Bagi sesiapa yang duduk berdekatan dengan Yati di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor bolehlah buat tempahan sekarang atau sehingga seminggu puasa. Boleh e-mail Yati di hanamy_sakura@yahoo.com atau sms di talian 019-342 9585 untuk pertanyaan dan tempahan.

:-)... (^_-)/...

Saturday 14 July 2012

Marie Lapis Cheesy...

Dessert yang ala2 tiramisu nie bukan sahaja mudah disediakan, tetapi sedap dimakan. Bahan2 nya mudah didapati di kedai2 bakeri  dan pasaraya. Biasanya dessert nie lebih sedap dimakan setelah disimpan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang2nya 3-4 jam sebelum dimakan.

Rasanya permintaan untuk lapis cheesy naik mendadak sejak akhir2 ini. Sebab itu jugalah selain daripada ramai yang dah cuba menjualnya, ramai juga yang mengadakan kelas untuk membuat lapis cheesy nie.

Yati teringin juga nak join class lapis cheesy dengan sorang baker favourite Yati tu, tapi terikat dgn sedikit komitmen, jadi Yati pun cuba membuatnya dalam versi sendiri dulu. Well, not badlah... daripada tak mencuba langsung kan... Kalau yang sebenar, fuhhh...! Menggoda mata, meruntun jiwa...
 
 
 
Lapis Cheesy Blueberry...

Lapis Cheesy Orange...

Lapis Cheesy Strawberry...

Lapis Cheesy Chocolate...

Selamat menjamu selera.... :-)

Sunday 24 June 2012

Cheese Tart ... Comel dan sedap...

Rasanya semua orang yang suka cheese, mesti suka makan cheese tart kan... Ada pelbagai jenis dijual, dengan saiz yang berbeza dan inti yang sedap2 belaka. Ada saiz mini, ada saiz medium... ada inti blueberry, ada inti strawberry, ada plak orange peach, tak ketinggalan inti coklat juga...
Yati pun dah cuba buat 2 kali menggunakan resepi yang berbeza... 1st time buat, tak berapa nak gebu walaupun rasanya ada... 2nd time buat nampak dah gebu sikit, nanti lain kali cuba lagi sampailah jadi gebusbusbus.... tak boleh putus asa kan...

Cheese Tart Strawberry Filling...
Fresh strawberry on top, drizzle wz choc...

Cheese Tart Strawberry & Kiwi Filling...

Mixed Filling... Blueberry, Strawberry, Kiwi & Orange...
Ready to be distributed... :-)



Saturday 23 June 2012

Carrot Walnut Cake... Sedap...

Berikut adalah koleksi Carrot Walnut Cake yang Yati dah buat .... Walaupun bukan level expert baker, tapi alhamdulillah... Yati terima tempahan dengan hati berdebar2 sbb fikirkan macamana lah hasilnya nanti. Semuanya Yati jadikan sebagai medan untuk belajar dan mengasah bakat...

Resepi yang Yati pilih dan guna nie memang best! Dapat dari blog myresepi, lepas jumpa dan cuba, ditambah dengan hasilnya yang sangat tidak mengecewakan, Yati dah tak guna resepi lain. Insyaallah, nanti bila berkelapangan Yati kongsikan resepinya...

 
Kek nie sempena pertunangan Azmi & Era...
Warna tema pink, simple deco...

Tanda ucapan terima kasih untuk ibu saudara...
Sempena hari ibu, May 2012...

Untuk mak tersayang, semoga dirinya tabah menghadapi dugaan yang datang...
Saya mahu kuat dan sabar seperti mak...

Combo birthday celebration...
Mierul, Amy, Zack & Syifa'...
Semoga Allah sentiasa melindungi & memberkati kehidupan kalian...

Special for pengantin Faris & Nora...
Last minute order, alhamdulillah... dapat siapkan dengan deco yang sangat simple...

Bersyukur dan teruja....
1st time kek Yati ada di meja kek pengantin...
Lega sebab keluarga pengantin suka dengan rasa keknya...

Thursday 19 April 2012

Chocolate Walnut Cake...

Hmmm... pening gak ye nak pilih kek apa nak buat kalau yang tukang tempahnya tak beritahu nak kek yang macamana. Yati pun amiklah buku resepi, selak2...haa..! jumpa satu resepi ni yang Yati rasa sangat berminat nak mencubanya. Bahan2nya pun dah ada kat dapur, mudahlah sikit prosesnya... maka terhasil lah kek coklat walnut nie... Harap2 mereka yang akan menjamah kek nie suka akan rasanya....


Done this for my BIL...
Chocolate Walnut Cake...


Simple deco coz no idea...


1st time using piping jelly for deco...


Man says... life begin at 40's
38th... still young...

Last portion left for....?

Komen dari juri2 yang merasa kek nie, nampaknya tak mengecewakan... So, rasanya kek nie akan jadi top listing untuk event2 yang akan datang. Terima kasih semua...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...