Sunday 15 July 2012

Biskut Raya... Murah dan Sedap... Homemade...

Salam...

Walaupun bulan Ramadhan belum pun tiba, tapi sana sini rancak dengan tempahan dan jualan biskut raya kan. Kerana biskut raya secara tradisinya dihidangkan kepada tetamu yang datang, makanya ia seolah2 wajib ada bila tibanya hari yang mulia, iaitu hari raya...

Di zaman ini, orang lebih suka menempah atau membeli sahaja biskut raya tak macam zaman mak2 kita dulu. Namun, masih ada juga orang yg rajin membuat biskut sendiri. Bukan nak kata tak ada tau! Terpulang kepada diri masing2...

Yang punya lebih wang atau yang tak berkesempatan kerana kekangan masa, boleh saje beli biskut tunjuk... banyak di pasaran, lebih2 lagi di bulan puasa nanti. Tapi bagi yang mahu cari duit saku sendiri, kenalah rajin2 cari peluang, cari rezeki dengan ruang dan kudrat yang ada, maka Yati pun nekad menghasilkan koleksi biskut raya homemade "Qaseh Rania". Cubalah sendiri rasanya, insyaallah... sedap...

Almond White Flakes
RM25/45pcs
Antara bahan : Almond slices, white chocolate, perisa oren
Crunchy Red Pearl
RM25/50pcs
Antara bahan : Mentega, tepung cookies, cornflakes, chocolate chips, almond nibs, ceri merah

Cranberry Walnut
RM25/55pcs
Antara bahan : Mentega, tepung cookies, dry cranberries, walnut, nestum

Nutty Strawberry
RM25/55pcs
Antara bahan : Mentega, tepung cookies, serbuk hazelnut, almond nibs, cashew nut, strawberry paste

Cheesy Chocolate Chips
RM25/55pcs
Antara bahan : Mentega, cream cheese, tepung cookies, chocolate chips

Mint White Rocher
RM25/45pcs
Antara bahan : Almond nibs, white chocolate, cornflakes, perisa mint & vanila

Fruity Dark Rocher
RM28/45pcs
Antara bahan : Almond nibs, dark chocolate, dry cranberries, mixed cherries fruits

Chocolate Roses
RM25/45pcs
Antara bahan : White chocolate, whole almond

Bagi sesiapa yang duduk berdekatan dengan Yati di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor bolehlah buat tempahan sekarang atau sehingga seminggu puasa. Boleh e-mail Yati di hanamy_sakura@yahoo.com atau sms di talian 019-342 9585 untuk pertanyaan dan tempahan.

:-)... (^_-)/...

Saturday 14 July 2012

Marie Lapis Cheesy...

Dessert yang ala2 tiramisu nie bukan sahaja mudah disediakan, tetapi sedap dimakan. Bahan2 nya mudah didapati di kedai2 bakeri  dan pasaraya. Biasanya dessert nie lebih sedap dimakan setelah disimpan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang2nya 3-4 jam sebelum dimakan.

Rasanya permintaan untuk lapis cheesy naik mendadak sejak akhir2 ini. Sebab itu jugalah selain daripada ramai yang dah cuba menjualnya, ramai juga yang mengadakan kelas untuk membuat lapis cheesy nie.

Yati teringin juga nak join class lapis cheesy dengan sorang baker favourite Yati tu, tapi terikat dgn sedikit komitmen, jadi Yati pun cuba membuatnya dalam versi sendiri dulu. Well, not badlah... daripada tak mencuba langsung kan... Kalau yang sebenar, fuhhh...! Menggoda mata, meruntun jiwa...
 
 
 
Lapis Cheesy Blueberry...

Lapis Cheesy Orange...

Lapis Cheesy Strawberry...

Lapis Cheesy Chocolate...

Selamat menjamu selera.... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...